Alhamdulillah’s Syukur kepada Allah S.A.W diatas rahmatNya bagi membolehkan kita mencapai kejayaan melancarkan DDK BETA Mainnet menggunakan NEW CORE DPOS algorithm yang telah hampir sempurna diubah suai menjadi protocol terbaru yang digelar sebagai AEPOS. Dengan ini, bermulalah langkah pertama kita dalam menempuh alam Decentralize & Distributed bersama DDKOIN melalui penggunaan teknologi baharu blockchain yang tergolong dalam produk masa hadapan IR 4.0.
DDK system dah ONLINE in BETA MODE untuk minggu pertama dalam proses mencipta momentum awal untuk transaction blockchain REGISTER, SEND, 2ND PASSPHRASE, DELEGATE REGISTER, STAKE, VOTE, DIRECTREF and CHAINREF.
DDK CORE menggunakan JavaScript sebagai bahasa pemprogramming utama dalam proses structure DDK CORE. JavaScript adalah Bahasa pemprogramming yang paling banyak digunapakai oleh developer dunia dan 1 bahasa basic yang mudah dipelajari oleh programmer-programmer baru. Dengan menggunakan JavaScript membolehkan DDK CORE berkembang dengan cepat dan wujudnya ciptaan innovative yang bakal dihasilkan dari DDK CORE produk seperti “blockchain based” voting system, Reputation System, Easy Coin creation (DAI), ICO, ESCROW, Blockchain based Zakat, Merchant, Payment and many mores.
Bagi sesiapa yang dah terlajak pandai boleh refer DDK NODE+API dari link berikut :
Setelah selesai fasa BETA, semua pemegang-pemegang token (Token holder) sudah berpuas hati bahawa asset mereka selamat (in place) dan semua sudah bersedia boleh lah kita remove BETA dan ditukarkan kepada LIVE dan memberitahu kepada SIMEX untuk disenaraikan sebagai exchanger pertama. Simex mempunyai volume besar dan mempunyai ranking TOP 30 dunia yang boleh kita lihat disini :
https://coinmarketcap.com/exchanges/simex/ . Berikut adalah announcement dari SIMEX tentang DDK yang akan listing dalam exchanger mereka :
https://twitter.com/simexinvest/status/1119028078506758145 . Setelah SIMEX selesai, positif kita akan mula listing di DOBI Exchange yang juga mempunyai ranking tinggi boleh dilihat dari sini :
https://coinmarketcap.com/exchanges/dobi-exchange/ . Kesemua pemegang token (Token holders) DDK boleh lah mula mendaftar di SIMEX dan DOBI sebelum lain-lain exchanger yang akan diumum kelak.
Begitu pantas masa berlalu, saya masih teringat ketika mula melancarkan produk DNC Pre-order/Private ICO pada awal 2016. Ketika itu saya mempunyai perasaan yang sama timbul semula sekarang setelah siapnya produk DDK DPOS yang bakal dilancarkan tak lama lagi ini. Perasaan ini hanyalah dapat dirasai apabila setelah selesai melalui satu fasa pembangunan (Development) yang bukan mudah. Alhamdullilah dengan sokongan dari 10 buah negara yang telah mengirim doa dan support yang saya terima dari WHATSAP, SKYPE dan FACEBOOK. Terima Kasih semuanya.
Walaupun begitu, keyakinan sama yang timbul pada tahun 2016 apabila mula melancarkan Pre-Order/Private ICO ETPS pada awal 2016 yang berjalan selama 2 tahun lebih telah memberikan manfaat ramai kepada yang terlibat dan kini adalah permulaan dan langkah baru untuk kita semua melancarkan produk DDK DPOS pemilikan public dan terbuka dan tidak dikawal oleh mana-mana entity dan manfaat ini dapat dikongsi bersama-sama dengan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kita telah melalui satu masa penantian yang cukup lama walaupun yang bekerja adalah Team developer, DDK Team dan hampir setiap hari dan tugas kita hanyalah menungguuu proses ini selesai dengan cepat dan agar proses migration asset kita selamat menjadi asset blockchain.
:D (Jika dibandingkan dengan crypto/ICO migration lain di pasaran dengan DDK yang mempunyai HUGE database of user ketika MIGRATION ianya tidaklah terlalu lama)
:D Setelah kita lalui dan berpengalaman bersama-sama melalui fasa penciptaan produk ini dan hasilnya haruslah kita bijak menjaganya bersama-sama memandangkan ianya satu produk sumber terbuka (Open Source) dan juga tidak berpusat (Decentralize).
Ada orang tanya ada potensi ke DDK ini? Pernah kah anda lihat Blockchain DDK beraksi dengan transaksi DDK NEW CORE Mainnet ketika waktu kemuncak dimana 1 block berpotensi menghasilkan maximum 250 transaksi? Selamba je NEW CORE sumbat transaksi sekitar 150 - 200 dalam 1 block di Mainnet.
Blockchain activity dan Blockchain metric ini sangat penting dalam menentukan Value DDK dan juga menilaikan quality sesebuah crypto currency tersebut selain dari ciri-ciri yang telah kita sematkan dalam produk DDK. Cuba anda bandingkan data volume activity coin-coin lain dengan DDK. Adakah DDK mampu bersaing dengan TRON? EOS? Ataupun LISK? Cuba anda lihat Lisk Explorer Cuma ada beberapa ketul transaction sahaja per block :
https://explorer.lisk.io/blocks/ . Jika anda masih lagi pening kenapakah pentingnya Blockchain Activity or Metric boleh baca link berikut :
http://startupmanagement.org/…/a-guide-for-blockchain-usag…/ .
Semua harus faham atau meluangkan sedikit masa membaca DDK Whitepaper dan juga membuat kajian agar faham awal produk yang telah diciptakan ini dan berkesempatan mengambil peluang dari DDK apabila ianya terbukti produk blockchain dan berjalan secara tidak berpusat menggunakan protocol DPOS (Delegated Proof Of Stake) bagi menjaga keamanan transaksi dan sekuriti. Algorithm/protocol yang telah dibangunkan ini adalah asalnya daripada CORE LISK DPOS dan kita melalui NEW CORE dijenamakan semula dengan nama protocol AEPOS. Dah nama macam kereta terbang kan? Tetapi bezanya kita punya AEPOS bukanlah prototype seperti kereta terbang dan ianya adalah Mainnet version for Production untuk anda semua nikmatinya bersama.
Soalan Cepu-emas,
ada orang bertanya, kenapa lama sangat proses migration ni? Soalan ini lah yang ditanyakan oleh penemuramah untuk interview sebentar tadi oleh website
https://www.edukasibitcoin.com/mainnet-ddk-platform-siap-d…/ . Saya ingin berkongsi kepada anda semua sekali lagi disini agar boleh dibaca dan difahami oleh semua.
Kalau nak bagi jawapan senang jawap je macam ni =
Untuk menghasilkan sesuatu produk yang bagus dan bakal mengegarkan dunia crypto boleh ke berkompromi terhadap masa? Boleh ke kita hasilkan dalam sekelip mata? Tiada langkah atau proses yang boleh kita SKIP atau langkaui untuk menghasilkan sesuatu produk yang boleh dimanfaat hingga ke anak cucu cicit kita. Setiap hari semua aktiviti DEVELOPMENT boleh dirujuk secara transparent di Github :
https://github.com/AraiEzzra/DDKCORE/branches/active . Dan perlu diketahui bahawa HASIL (Result) tidak pernah mengkhianati PROSES. Yang seringnya mengkhianati kita ni hanyalah manusia.
:D
Kalau nak bagi jawapan susah Panjang lebar boleh refer sini =
Sebab utama proses development DDK DPOS ini mengambil masa yang lama mempunyai 2 sebab yang paling utama.
1) DDK mempunyai pengguna Pre-Order/Private ICO yang besar yang perlu berhijrah ke dalam transaction BLOCKCHAIN DDK dan kebanyakannya mempunyai baki tempoh masa pegangan dari 1 bulan - 6 bulan yang perlu dibawa sekali. Selain itu, setiap pengguna Pre-Order/Private ICO harus mengambil PASSPHRASE mereka sendiri dan status REALTIME pengguna yang selesai berhijrah boleh dirujuk dari sini (
https://foundation.ddkoin.com/migrated_users_info_public). Ini adalah jumlah kesemua aset baki yang perlukan penghijrahan dari system SERVER CENTRALIZE ke atas transaksi BLOCKCHAIN. Pre-order/Private ICO have Million of records and transaction have to be secure and safely transfer to DPOS Blockchain. Majoriti Pengguna Pre-Order/Private ICO yang besar ini juga tidak mempunyai latar belakang dan pemahaman kriptografi/ICO. Walau bagaimanapun, apabila kami mula berhijrah dan menutup Pre-Order/Private ICO pada 8 Jun 2018 kami telah mengambil tindakan pantas untuk melantik TD (Delegasi Dipercayai) sebagai ROLE MODEL awal untuk mendesentralisasi DELEGATE dalam fungsi DPOS. Sub-TD pula di govern oleh TD yang telah dilantik. DDK mempunyai 100++ TD di 10 buah negara (
https://ddkoin.com/trusted-delegates) yang mempunyai pejabat dan offline centre mereka sendiri untuk “Training & Education” apabila DDK is listing decentralize in open market.
Cukup ke 1 sebab? Nak sebab kedua? Sila lihat dibawah :
Kerja keras untuk pembangunan pada DDK CORE code bermula pada bulan Jun 2018 apabila kami menutup sistem Pre-Order/Private ICO ETPS pada 8 Jun 2018. Kami berjaya melancarkan "First Attemp" dari Core Lisk untuk DDK Mainnet pada 31 Ogos 2018 seterusnya OLD CORE pada Januari 2019.
https://announcements.ddkoin.com/?p=279 . Kami berjaya menjalankan blok sehingga bulan Februari 2018 dengan beberapa kejadian yang dimana blok sering berhenti, kita terpaksa mengambil BLOCK SNAPSHOT ke hentian blok terakhir dan DEPLOY semula dan proses ini terus berkali-kali berlaku dengan dipantau dan diuji sendiri oleh BETA TESTER wakil dari TD dan Sub-TD dari 10 buah negara. Dengan forked dari Lisk ini juga, kami berjaya menjalankan blok DDK dengan beberapa transaksi untuk SEND, VOTE, NEW STAKE, 2ND PASSPHRASE dalam mode DDK OLD CORE.
Bagaimanapun, dilaporkan oleh BETA TESTER Lisk core tidak mampu menangani transaksi besar dalam DDK OLD CORE. LISK hanya terhad kepada 25 transaksi setiap blok. Blok LISK berjalan pada setiap 10 saat. Itu hanya akan menghasilkan 250 transaksi setiap 1 minit atau hanya sekitar 4 transaksi selama 1 saat. Jadi, pada bulan Disember 2018, kami telah mula membangunkan NEW CORE untuk DDK. Kerja-kerja pembangunan NEW CORE ini boleh dimonitor secara telus dari pautan Trello ini untuk mengikuti langkah-langkah dan progress yang telah dilakukan:
https://trello.com/b/kD5cF7CZ/product-new-core.
Dengan DDK NEW CORE, kami telah menyusun semula 75% logik teras dan menaik taraf transaksi setiap maksimum blok kepada 250 (
https://trello.com/c/nmvNCUrm/55-block-capacity-250 ). Selain itu, apabila NEW CORE telah dibangunkan, kami juga terpaksa membangunkan NEW WALLET (
https://trello.com/b/4wjeU2WE/ddk-wallet ) bagi membolehkan DDK CORE berjalan secara smooth and stable. Kami juga telah mengoptimumkan DDK CORE dengan menambah ciri baru yang lain dan melakukan REFACTORING (
https://trello.com/b/kD5cF7CZ/product-new-core… ) semua code dan menghapuskan aplikasi-aplikasi lama contoh seperti ELASTIC SEARCH yang kami warisi dari LISK. Saya akan menulis lagi jika ada kelapangan untuk menceritakan apakah kelebihan NEW CORE berbanding DDK OLD CORE yang kita forked dari LISK tempoh hari.
Diatas adalah 2 sebab utama kenapa pembangunan DDK mengambil masa for 10 sweet months time
:D
Faktanya :
Samada anda suka atau tidak, anda sertai atau tidak, kami tetap mendaki satu tangga ke satu tangga, makin meninggalkan anda. Produk ini akan govern by itself dengan wujudnya protocol DPOS yang menjadi autonomous organization (DAO) yang dimana kita sebagai TOKEN HOLDER (Pemegang asset) mempunyai kelebihan dan tanggungjawap dan peranan masing-masing. Melalui konsep DPOS mempunyai DELEGATE agar kepercayaan diraih melalui persaingan DELEGATE yang akan memberikan servis dan guidance kepada semua pengguna-pengguna DDK dalam menghadapi new environement melalui DDK AEPOS. Ingat, dalam DDK, 1 undi 1 akaun. Setiap suara diambil kira. Setiap akaun undi anda amat bernilai untuk delegate kerana undi bukanlah dinilai dari jumlah besar atau kecil asset anda. 😊
Satu lagi saya selalu ingin ingatkan, dan berpesan, kepada rakan-rakan, elak kan modus marketing jijik. Jangan sesekali menggunakan perkara negative dalam menyaingi pesaing, kerana ianya hanya menunjuk kan kelemahan dan kedangkalan diri, Teruskan usaha memajukan rakan-rakan sekeliling yang mana ianya akan membantu melonjak kan potensi diri melalui pehamaman dan ilmu tentang kripto, IR4.0, blockchain dan ico yang sangat luas untuk diterokai oleh kita semua.
Jadi bagi menutup artikel ini dengan sempena pelancaran DDK Mainnet BETA, saya ingin melakukan satu kempen untuk melihat anda semua melakukan Facebook POLL VOTE sebelum DDK disenaraikan di exchanger-exchanger kelak. VOTE ini harus JUJUR dan hanya dibuat jika itulah harga sebenar yang ingin anda jual/beli DDK ini di exchanger nanti. Perlu diingatkan harga sesebuah CRYPTO CURRENCY adalah berdasarkan DEMAND & SUPPLY dan andalah penentu harganya. Tiada entiti yang mempunyai jumlah DDK liquid yang banyak untuk memonopoli harga ketika DDK disenaraikan di exchanger diperingkat awal. Tetapi kita harus faham, ada yang mahu melihat harga DDK jatuh supaya boleh membeli dengan harga MURAH supaya untung besar dari kenaikan harga DDK nantinya. Dan ada juga yang mahu melihat harga DDK terus naik dan naik dengan tinggi agar boleh menjual DDK dengan harga yang tinggi. So silalah lakukan VOTE anda dibahagian mana.
:)
DDK IS THE FUTURE
Arai Ezzra
Master Founder DDK